Sekalung tahniah buat Raja Gopal dan anak-anak buahnya kerana menamatkan penantian Piala AFF selama 14 tahun.Memang hebat Raja Gopal ni,sebelum tu dapat emas Sukan SEA yang kita juga dah menanti selama 20 Tahun Jadi anak tempatan dah bukti boleh buat. Tak payah panggil coach luar dan berabis duit rakyat, hasilnya teruk.Sukan hoki juga dah bukti anak tempatan boleh buat dan kita berjaya menjadi naib johan Sukan Asia baru-baru ni. Aku sokong komen Awang Selamat dan wawancara Wan Jamak kawan sepermainan waktu kecil di Polis Depot Johor Bahru dalam MINGGUAN MALAYSIA 2 JANUARI 2011.
Jangan lupa diri kerana perjuangan anda masih jauh lagi.Kita ada Piala Asia/Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Piala Dunia yang memang kita idamkan. Sokongan rakyat yang jitu dan padu dan gila-gila memperlihatkan betapa rakyat dahagakan kejayaan yang lebih besar lagi.Sokongan tak berbelah bagi juga datangnya daripada orang nombor satu negara dan sanggup duduk bersama penonton di Bukit Bintang melihat aksi hebat Harimau Malaya melalui skrin gergasi.
Terpanggil juga tengok aksi paling hebat pasukan Viet6 dan Filipina yang baik skillnya di padang berbanding Harimau Malaya.Bak kata Wan Jamak (MM 2.1.2011, "Aspek hantaran dan penguasaan bola dalam kalangan pemain masih lemah, itu perkara utama saya boleh dapati dalam skuad kali ini." Bukan apa, kita sendiri tengok ada pemain dirampas bola yang ada pada kakinya, hantaran tak tepat, hantaran lemah, hantaran kelam kabut, bawa bola tak nampak body movement yang cantik dan macam-macam lagi. Tanya diri sendiri kenapa ini berlaku. Pakar sepakan bebas Roberto Carlos, lepas berlatih secara berpasukan berlatih sendiri lagi untuk dapatkan skill tu.
AWANG SELAMAT (MM 2.1.2011 "Pada penilaian Awang banyak lagi kelemahan pada pasukan kita yang perlu diatasi agar dapat sampai pada kelas lebih tinggi sebagaimana Korea Selatan dan Jepun. Itu cabaran sebenar dan perjalanan kita sesungguhnya masih jauh....") Mungkin ada banyak lagi komen membina yang tak tertulis dan ada juga cadangan bagaimana nak majukan lagi bola sepak kita.
Mata kasar aku lihat secara positif tentang komen Raja Gopal, kita pergi Piala AFF tanpa ramai tonggak utama kerana cedera. Bawa masuk pemain lain dan hasilnya lebih baik. Mungkin pada aku, ada ramai lagi pemain yang baik duduk di luar yang kita terlepas pandang. Mungkin ada kat kampung-kampung hulu yang tak dapat pendedahan. Aku rasa slogan 1 MALAYSIA juga boleh diterapkan dalam team bola kita. Lihat saja team 74 dan 80, dah mula terap slogan tu. Apa katga Raja Gopal dan lain-lain coach. Cuba dulu baru tau.
Bak kata PM inilah pemula untuk menjana kecemerlangan bola sepak negara.Bukan senang nak dapat sokongan orang nombor satu negara dalam bidang sukan, apatah lagi Dato Najib pada era mudanya
juga jaguh bola. Aku sangat setuju. Jadi apa tunggu lagi.Kita dah berabis duit untuk majukan apa juga sukan negara. Jadi jangan hampakan rakyat yang amat dahagakan impaknya
Aku nak sorot semula tulisan aku pada 10 NOVEMBER 1990 dalam BERITA HARIAN dalam akhbar kegemaran aku.ruangan pendapat pembaca. Aku kata pasukan Iran bermain sebagai rakan sepasukan selama satu tahun untuk bola sepak. Mereka dapat kalahkan pasukan Korea Selatan. Sukan Asia baru-baru ini, aku baca artikel kata pasukan China berlatih sepanjang 4 tahun untuk menjadi juara keseluruhan.Mereka dikurantin di pusat latihan supa benar-benar bersedia daripada semua aspek. Boleh kita ikut teladan mereka.
Kita heran, kalau dulu kita ratah atau kacang kata Penyerang Sensasi Harimau Malaya AFF untuk tundukkan Jepun dan Korea Selatan.Kenapa pembangunan kita statik tak bergerak-gerak. Awas kebangkitan pasukan-pasukan lain saeperti Vietnam, Filipina dan Laos juga. Jangan mimpi indah meranapkan segala-galanaya. .
untuk terus menikmati kejayaan. Bak kata Raja Gopal, kita ada pasang surut dalam game. Betul, aku setuju, tapi kalau kalah pun janganlah secara aib. Kita bukannya m enyokong dikala menang saja, kalah kita hentam. TIDAK.