Sekalung tahniah buat Raja Gopal dan anak-anak buahnya kerana menamatkan penantian Piala AFF selama 14 tahun.Memang hebat Raja Gopal ni,sebelum tu dapat emas Sukan SEA yang kita juga dah menanti selama 20 Tahun Jadi anak tempatan dah bukti boleh buat. Tak payah panggil coach luar dan berabis duit rakyat, hasilnya teruk.Sukan hoki juga dah bukti anak tempatan boleh buat dan kita berjaya menjadi naib johan Sukan Asia baru-baru ni. Aku sokong komen Awang Selamat dan wawancara Wan Jamak kawan sepermainan waktu kecil di Polis Depot Johor Bahru dalam MINGGUAN MALAYSIA 2 JANUARI 2011.
Jangan lupa diri kerana perjuangan anda masih jauh lagi.Kita ada Piala Asia/Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Piala Dunia yang memang kita idamkan. Sokongan rakyat yang jitu dan padu dan gila-gila memperlihatkan betapa rakyat dahagakan kejayaan yang lebih besar lagi.Sokongan tak berbelah bagi juga datangnya daripada orang nombor satu negara dan sanggup duduk bersama penonton di Bukit Bintang melihat aksi hebat Harimau Malaya melalui skrin gergasi.
Terpanggil juga tengok aksi paling hebat pasukan Viet6 dan Filipina yang baik skillnya di padang berbanding Harimau Malaya.Bak kata Wan Jamak (MM 2.1.2011, "Aspek hantaran dan penguasaan bola dalam kalangan pemain masih lemah, itu perkara utama saya boleh dapati dalam skuad kali ini." Bukan apa, kita sendiri tengok ada pemain dirampas bola yang ada pada kakinya, hantaran tak tepat, hantaran lemah, hantaran kelam kabut, bawa bola tak nampak body movement yang cantik dan macam-macam lagi. Tanya diri sendiri kenapa ini berlaku. Pakar sepakan bebas Roberto Carlos, lepas berlatih secara berpasukan berlatih sendiri lagi untuk dapatkan skill tu.
AWANG SELAMAT (MM 2.1.2011 "Pada penilaian Awang banyak lagi kelemahan pada pasukan kita yang perlu diatasi agar dapat sampai pada kelas lebih tinggi sebagaimana Korea Selatan dan Jepun. Itu cabaran sebenar dan perjalanan kita sesungguhnya masih jauh....") Mungkin ada banyak lagi komen membina yang tak tertulis dan ada juga cadangan bagaimana nak majukan lagi bola sepak kita.
Mata kasar aku lihat secara positif tentang komen Raja Gopal, kita pergi Piala AFF tanpa ramai tonggak utama kerana cedera. Bawa masuk pemain lain dan hasilnya lebih baik. Mungkin pada aku, ada ramai lagi pemain yang baik duduk di luar yang kita terlepas pandang. Mungkin ada kat kampung-kampung hulu yang tak dapat pendedahan. Aku rasa slogan 1 MALAYSIA juga boleh diterapkan dalam team bola kita. Lihat saja team 74 dan 80, dah mula terap slogan tu. Apa katga Raja Gopal dan lain-lain coach. Cuba dulu baru tau.
Bak kata PM inilah pemula untuk menjana kecemerlangan bola sepak negara.Bukan senang nak dapat sokongan orang nombor satu negara dalam bidang sukan, apatah lagi Dato Najib pada era mudanya
juga jaguh bola. Aku sangat setuju. Jadi apa tunggu lagi.Kita dah berabis duit untuk majukan apa juga sukan negara. Jadi jangan hampakan rakyat yang amat dahagakan impaknya
Aku nak sorot semula tulisan aku pada 10 NOVEMBER 1990 dalam BERITA HARIAN dalam akhbar kegemaran aku.ruangan pendapat pembaca. Aku kata pasukan Iran bermain sebagai rakan sepasukan selama satu tahun untuk bola sepak. Mereka dapat kalahkan pasukan Korea Selatan. Sukan Asia baru-baru ini, aku baca artikel kata pasukan China berlatih sepanjang 4 tahun untuk menjadi juara keseluruhan.Mereka dikurantin di pusat latihan supa benar-benar bersedia daripada semua aspek. Boleh kita ikut teladan mereka.
Kita heran, kalau dulu kita ratah atau kacang kata Penyerang Sensasi Harimau Malaya AFF untuk tundukkan Jepun dan Korea Selatan.Kenapa pembangunan kita statik tak bergerak-gerak. Awas kebangkitan pasukan-pasukan lain saeperti Vietnam, Filipina dan Laos juga. Jangan mimpi indah meranapkan segala-galanaya. .
untuk terus menikmati kejayaan. Bak kata Raja Gopal, kita ada pasang surut dalam game. Betul, aku setuju, tapi kalau kalah pun janganlah secara aib. Kita bukannya m enyokong dikala menang saja, kalah kita hentam. TIDAK.
Suka Suki Hidup
Saturday, January 1, 2011
Thursday, December 16, 2010
ETAKRAW
Ari tu dah kata nak sambung cerita takraw. Kalau nak sebut satu persatu game takraw, ada game MSSD, MSS(Negeri), MSSM, ASG(Asean School Game) Ini cerita peringkat grassroot aja. Lepas tu ada game SPORT EXCELL untuk pemain under 16 tahun. Sekarang ada pula SPTS(Sukan Prestasi Tinggi) untuk cungkil bakat. Nak tanya, mana hilangnya PERMATA TAKRAW ini.
Kalau kita peka, nak bentuk satu team kebangsaan yang kuat ada banyak pemain ini yang boleh diketengahkan. Tapi ramai yang hilang begitu aja.Mintak MSN dan PSM peka sikit. Panggil semula budak-budak ni. Adakan game yang banyak lagi. Game futsal pun beso imbuhan. Takraw ciput aje. Dulu ada Piala Tan Sri Isa yang beri imbuhan yang beso. Lepas tu abis. Budak-budak takraw ni kalau ada game dua ribu, satu ribu lima ratus pun ramai yang datang. Izzat pun pernah datang main kat open negeri Johor. Masih gagah dia main.
Minta PSM adakan semula banyak game beso, dari sini pilih pemain yang meletup.Percayalah ramai pemain baik dapat kita kumpul. Dah kumpul adakan sesi traning yang bersistematik. Coach pulak ada yang kepakarannya tak sama. Bagi killer, bagi coach killer dan sebaliknya. Kat ASG Julai lalu, killer Thailand injured masa final. Dia keluar masuk simpanan. Pemain simpanan ni sama level je dengan yang keluar.
Ada yang cadang nak buat double killer. Kat ASG dulu tekong Thailand pun boleh main killer.Thailand dah maju bertapak-tapak, kita baru nak mula. Ikut jejak Thailand pun baik. atau panggil je coach Thailand pun boleh. Lagi satu, aku tengok dulu, budak-budak Thailand lepas game lawan Indonesia, coach suruh tekongnya buat servis lagi. Tu baru je abis game, tapi dia tak puas hati, dia suruh train lagi Ni cerita masa ASG .Abis lawan budak-budak Thai ni beri hormat kepada penonton. Tabik aku pada budak-budak Thai ni. Dengan coach dia lagi respek.
TO BE SAMBUNG)

Monday, December 13, 2010
TAKRAW ASEAN SCHOOL GAMES 2010
Julai 2010, Asean School Games telah berlangsung di Putrajaya.ASG ke-3 akan berlangsung di Singapura tahun depan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah badminton, olahraga,sepak takraw dan lain-lain lagi. Aku ingin bincangkan pasal sepak takraw yang dirasakan amat payah untuk tundukkan pasukan Gajah Putih.
Pertandingan akhir berpasukan dan antara regu menemukan pasukan Malaysia dan Thailand Tentunya pasukan Gajah Putih tu menang. Yang menarik nak diceritakan di sini ialah, bagaimana pasukan kita memberikan tentangan sengit yang hampir-hampir kita nak menang dalam tie-break.Agaknya, kalau pasukan ini dibentuk dan digilap secara berterusan mungkin boleh menang.
Tu semua tak penting. Aku nak berkongsi pengalaman yang aku sedikit tahu iaitu bagaimana kita nak bentuk pasukan pelapis yang mantap. Kita ada 16 pasukan MSSM kalau tak silap. Contoh, kalau pertandingan antara regu, kita sudah ada 48 pemain terbaik tolak pemain simpanan. Kalau pemain itu digilap secara betul kita boleh bentuk sebuah pasukan yang mantap.Tu bagi tempoh satu tahun, kalau 2,3,atau 4 tahun kita sudah ada ramai pemain yang baik. Kita kena serius dalam mengendalikan sukan ni. Kita tak mahu para pemain berpotensi ini terabai begitu saja.
Heran, bagaimana kita amat payah nak bentuk pasukan kebangsaan dalam sukan Asia baru lalu. Terpaksa import trio veteran unutk main. Tak dinafikan masih hebat, tapi mana pegi ramai-ramai budak MSSM tu. Terus layu. Tak ada initiatif nak bangunkan mereka.
BERSAMBUNG.......
.

Subscribe to:
Posts (Atom)