Thursday, December 16, 2010

ETAKRAW

Ari tu dah kata nak sambung cerita takraw. Kalau nak sebut satu persatu game takraw, ada game MSSD, MSS(Negeri), MSSM, ASG(Asean School Game) Ini cerita peringkat grassroot aja. Lepas tu ada game SPORT EXCELL untuk pemain under 16 tahun. Sekarang ada pula SPTS(Sukan Prestasi Tinggi) untuk cungkil bakat. Nak tanya, mana hilangnya PERMATA TAKRAW ini.

Kalau kita peka, nak bentuk satu team kebangsaan yang kuat ada banyak pemain ini yang boleh diketengahkan. Tapi ramai yang hilang begitu aja.Mintak MSN dan PSM peka sikit. Panggil semula budak-budak ni. Adakan game yang banyak lagi. Game futsal pun beso imbuhan. Takraw ciput aje. Dulu ada Piala Tan Sri Isa yang beri imbuhan yang beso. Lepas tu abis. Budak-budak takraw ni kalau ada game dua ribu, satu ribu lima ratus pun ramai yang datang. Izzat pun pernah datang main kat open negeri Johor. Masih gagah dia main.

Minta PSM adakan semula banyak game beso, dari sini pilih pemain yang meletup.Percayalah ramai pemain baik dapat kita kumpul. Dah kumpul adakan sesi traning yang bersistematik. Coach pulak ada yang kepakarannya tak sama. Bagi killer, bagi coach killer dan sebaliknya. Kat ASG Julai lalu, killer Thailand injured masa final. Dia keluar masuk simpanan. Pemain simpanan ni sama level je dengan yang keluar.

Ada yang cadang nak buat double killer. Kat ASG dulu tekong Thailand pun boleh main killer.Thailand dah maju bertapak-tapak, kita baru nak mula. Ikut jejak Thailand pun baik. atau panggil je coach Thailand pun boleh. Lagi satu, aku tengok dulu, budak-budak Thailand lepas  game lawan Indonesia, coach suruh tekongnya buat servis lagi. Tu baru je abis game, tapi dia tak puas hati, dia suruh train lagi Ni cerita masa ASG .Abis lawan budak-budak Thai ni beri hormat kepada penonton. Tabik aku pada budak-budak Thai ni. Dengan coach dia lagi respek.

TO BE SAMBUNG)

No comments:

Post a Comment