Monday, December 13, 2010

TAKRAW ASEAN SCHOOL GAMES 2010

Julai 2010, Asean School Games telah berlangsung di Putrajaya.ASG ke-3 akan berlangsung di Singapura tahun depan.  Antara sukan yang dipertandingkan ialah badminton, olahraga,sepak takraw dan lain-lain lagi. Aku ingin bincangkan pasal sepak takraw yang dirasakan amat payah untuk tundukkan pasukan Gajah Putih.
Pertandingan akhir berpasukan dan antara regu menemukan pasukan Malaysia dan Thailand Tentunya pasukan Gajah Putih tu menang. Yang menarik nak diceritakan di sini ialah, bagaimana pasukan kita memberikan tentangan sengit yang hampir-hampir kita nak menang dalam tie-break.Agaknya, kalau pasukan ini dibentuk dan digilap secara berterusan mungkin boleh menang.
Tu semua tak penting. Aku nak berkongsi pengalaman yang aku sedikit tahu iaitu bagaimana kita nak bentuk pasukan pelapis yang mantap. Kita ada 16 pasukan MSSM kalau tak silap. Contoh, kalau pertandingan antara regu, kita sudah ada 48 pemain terbaik tolak pemain simpanan. Kalau pemain itu digilap secara betul kita boleh bentuk sebuah pasukan yang mantap.Tu bagi tempoh satu tahun, kalau 2,3,atau 4 tahun kita sudah ada ramai pemain yang baik. Kita kena serius dalam mengendalikan sukan ni. Kita tak mahu para pemain berpotensi ini terabai begitu saja.
Heran, bagaimana kita amat payah nak bentuk pasukan kebangsaan dalam sukan Asia baru lalu. Terpaksa import trio veteran unutk main. Tak dinafikan masih hebat, tapi mana pegi ramai-ramai budak MSSM tu. Terus layu. Tak ada initiatif nak bangunkan mereka.
BERSAMBUNG.......

  .

1 comment: